Derma Online MTPI
Walaupun dalam keadaan PKP, pihak masjid masih memerlukan dana dari komuniti untuk memastikan Masjid Taman Pulai Indah berada dalam keadaan yang baik. Kos elektrik, kos air dan kos baikpulih masjid masih memerlukan dana ikhlas dari penduduk tempatan.
Masjid telah menyediakan saluran mudah untuk para penduduk menyalurkan sumbangan iaitu melalui bayaran online FPX atau Debit kad. Sila scan QR atau layari https://www.masjidpulaiindah.com/infaq.php untuk menderma secara online.
Selain itu, masjid juga ada menyediakan kotak derma khas di depan pagar masjid. Kedua-dua pintu utama dan belakang telah disertakan dengan kotak derma. Bantuan tuan/puan dalam mengukuhkan lagi institusi masjid di taman ini amatlah kami hargai.
Selamat menderma. Semoga kita semua berapa dalam rahmat Allah.